ANALISIS KEBERKESANAN KOMUNIKASI DAKWAH TERHADAP PELATIH DI PUSAT PEMULIHAN DARUL ISLAH

Mohd Hakim Arshad

Abstract


Komunikasi Islam ialah proses bagaimana seseorang pendakwah berfungsi sebagai komunikator, berkongsi pengalaman dan maklumat dengan pendengar.Komunikasi Islam berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan Al-Qur’an dan Hadis. Ini kerana segala sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi, sama ada secara prinsip, kaedah, mesej, matlamat dan media hendaklah berasaskan panduan wahyu dan sunnah Rasulullah S.A.W. Akan tetapi, cabaran yang timbul dalam kalangan pendakwah dalam sesi menyampaikan dakwah terhadap pelatih yang penerimaan pelatih yang berbeza mengikut pendekatan komunikasi yang berbeza,samada dari caranya mahupun bentuknya. Oleh itu, artikel ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan komunikasi dakwah terhadap pelatih di Pusat Pemulihan Darul Islah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif  dengan edaran soal selidik terhadap pelatih yang yang menjadi subjek kajian. Hasil kajian mendapati kaedah komunikasi yang digunapakai diterima baik oleh pelatih dengan bahasa yang mudah difahami dan adanya komunikasi dua hala. Kajian ini memberikan implikasi terhadap usaha mempertingkatkan kualiti pendakwahan dalam kalangan pendakwah supaya pelatih di Darul Islah dapat mengamalkan ajaran Islam dengan sebenar.

 

 


Full Text:

PDF

References


Nur A‘Thiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao.2009.Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim. Journal Hadhari Of University Kebangsaan Melaysia :Bangi.

Dr.Muhammad Yusof Khalid.2011.Prinsip Dan Amalan Komunikasi.Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hazura bt Ab Bakar.2009.Hubungan Antara Penghayatan Agama,Nilai Hidup Dan Pengetahuan Alam Sekitar Pelajar Muslim.Penerbit:Universiti Sains Islam Malaysia.

Prof Madya Dr.Zulkiple Abd Ghani.Penghayatan Agama Sebagai Asas Pembangunan Pelajar:Analisis Terhadap Pandangan Al-Imam Al-Ghazali.UKM: Bangi

Kamal Azmi Abd.Rahman.Et.Al. 2014. Asas-asas Ilmu Penyelidikan Islam. Kolej Universiti Islam Antarbangsa Selangor (KUIS): Bangi.

Mohamad Firdaus Syurki B. Zulkifli.2012.Komunikasi Interpersonel:Kajian Dalam Kisah Nabi Musa Dengan Firaun.KUIS: Bangi .

Ab.Mumin Ab.Ghani. 2006. Dimensi Pengurusan Islam:Mengurus Kerja dan Mengurus Modal Insan.Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Ahmad Nawawi bin Haji Yaakob. 2000.Penghayatan Komunikasi Islam Dalam Pengurusan di Kalangan Pengetua dan Komitmen Guru. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Nasruddin Bin Yunos.2002.Konsep Komunikasi dan Peranannya Dalam Pembinaan Islam. Tesis Ijazah Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) Fakulti Sastera dan Sains Sosial,Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

Asep Syamsul M. Romli.2013.Komunikasi Dakwah:Pendekatan Praktis.Indonesia.

A. Markarma.2014.Komunikasi Dakwah Efektif Dalam Perspektif Alquran.Palu Sulawesi Tengah.

Luth Tohir.2005.M.Natsir Dakwah dan Pemikirannya, Gema Insani, Jakarta.

Hafied Cangara. 2005. Pengantar Ilmu Komunikasi. Jakarta: Grafindo.

Haji Toto Tasmara. 1997.Komunikasi Dakwah. Gaya Media Pratama: Jakarta.

Hafied Cangara.1998. Pengantar Ilmu komunikasi. Raja Grafindo Persada: Jakarta.

Hisham al-Talib.1992.Panduan Latihan Bagi Petugas Islam. Nurin Enterprise: Kuala Lumpur.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.