FIQH IMAM AL BUKHARI DALAM KITAB ADAB AL MUFRAD SATU SOROTAN AWAL

Wan Mohd Aswadi Wan Mat Yim, Norsaleha Mohd Salleh

Abstract


Fiqh Imam al Bukhari adalah satu pemahaman istinbat (deduksi) hukum. Ia juga melibatkan adab dan hikmah yang diistinbatkan daripada hadis-hadis sahih al-Bukhari. Menurut para pengulas hadis sahih al-Bukhari seperti al-Asqalani (W852H) dan al-Aini (W855H), fiqh Imam al Bukhari ini dapat difahami melalui tarjamah al bab (tajuk-tajuk bab) dalam sahih Bukhari. Tujuan penulisan ini adalah untuk mengenalpasti fiqh Imam al Bukhari dalam kitab Adab al Mufrad yang ditulis oleh Imam Bukhari. Kajian ini menggunakan metode tinjauan literatur dan analisis data berkenaan fiqh Imam al-Bukhari yang terkandung dalam kitab Adab-al-Mufrad. Kajian ini mendapati kedalaman dan ketajaman fiqh Imam al-Bukhari dalam tarjamah al bab (tajuk-tajuk bab) pada kitabnya Sahih Al-Bukhari dan Adabul-Mufrad. Namun begitu, pemilihan hadis dalam Adab al Mufrad tidaklah seketat pemilihan hadis yang terkandung dalam kitab Sahih-al-Bukhari. Ini kerana dalam kitab Adab al Mufrad terdapat hadis-hadis yang mempunyai pelbagai darjahnya seperti hadis sahih, hasan, daif dan daif berat. Melalui penulisan ini memberikan satu pendedahan pemahaman fiqh Imam al Bukhari yang menjadi tumpuan para sarjana silam dan juga kontemporari dalam mengkaji aspek fiqh Imam al Bukhari. Penulisan ini juga mendedahkan bahawa fiqh Imam al Bukhari juga terkandung dalam kitab Adab al Mufrad.


Full Text:

PDF

References


Rujukan

Al-Quran al-Karim

Al-Asqalani. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Juzuk 1. Beirut Dar al-Ma’rifah

An-Nawawi (2007) Talkhis Al-Jami’ As-Sahih Al-Bukhari. Riyadh. Darul At-Taibah Lil Nasyar Wat Tauzi’.

Az-Zahabi (2009) Ringkasan Siyar A’lam An-Nubala. Indonesia. Penerbit Buku Islam Rahmatan.

Al-Kandahlawi (2012) Al-Abwab Wat-Tarajim. Beirut Darul Basyair Islamiyyah

Hussein (2021)

Ibn Taimiyyah (2008) Majmu’-al-Fatawa. Darul Wafa.

Ibnu Hajar (2007) Muqaddimah Fathul Bari. Lahore. Maktabah Rasyidiah

Nuruddin Itr (2009) Fiqhul Hadis Inda Imam Al-Bukhari. Darul Basair.

Nurhanani (2019)

Said Bin Ahmad (2011)

Syabir Ahmad Usmani (2012) Fadh-al-Bari Sharh Sahih Bukari Rasyidiah Library. Dhaka

Ukasyah Abdul Manan (1997) Fiqhul Imam Bukhari Min Fathil Bari. Beirut. Darul Kutub Alamiyah.




DOI: https://doi.org/10.3059/insis.v0i0.22973

DOI (PDF): https://doi.org/10.3059/insis.v0i0.22973.g13151

Refbacks

  • There are currently no refbacks.